CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 20 Mei 2008

~ TIPS MEMANCING

MEMANCING UDANG GALAH

Udang galah adalah sepesis yang hidup di air tawar.

Terdapat banyak kawasan atau sungai-sungai di Malaysia yang kaya dengan kazanah udang galahnya seperti Selangor, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Udang galah boleh dipancing dan juga boleh dijala serta ditangkap dengan mengunakan jaring. Tips kali ini adalah cara untuk menjala udang galah.

Bagi masayarakat Selangor khususnya dalam daerah Sabak Bernam mereka ada cara tersendiri untuk menjala udang galah mengunakan jala. Mengikut orang tua-tua yang ditemui meraka ada petua bagi mendapatkan udang galah dengan banyak dengan mengunakan jala.

Pak Harun yang ditemui oleh pemberita GILA MEMANCING menyatakan bahawa, mereka di kawasan Pasir Panjang dan sekitarnya, menggunakan beras yang telam direndam selama seminggu dan telah mengeluarkan bau yang masam dijadikan umpan menjala.

Mula-mula beras yang telah direndam akan ditabir dikawasan yang hendak dijala dan dibiarkan selama lebihkurang sepuluh minit. Kebiasanya penjala udang akan menaburkan sekitar 10 hingga 20 tempat untuk dijala dan diberikan tanda. Penulis Blog Gila Memancing yang telah mengikut Pak Harun menjala udang telah membuktikan bahawa cara ini amat berkesan sekali untuk menjala udang galah. Lima belas tempat yang telah ditabur umpan beras masam, Pak Harun telah mendapat hampir 4 kilogram udang galah yang pelbagai saiz.

0 comments: