CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 20 Mei 2008

~ LAUT DALAM

Adalah menjadikan sesuatu kebanggaan bagi seseorang pemancing dapat melayari laut dalam. Kali ini penulis telah mengikut rombongan kaki pancing yang mengelarkan diri mereka "Membelah Lautan". Mereka adalah kakitangan kerajaan yang berkerja di PutraJaya. Kami telah bertolak dari Bandar Baru Bangi jam 9 malam dan dijangka sampai kelokasi memancing jam 5 pagi iaitu di Mersing dimana kami akan menaiki bot ke Pemanggil.
Tepat jam 8 pagi 23hb April 2008 kami telah menaiki bot yang disewa dengan harga RM800.00 menuju keperairan Pemanggil.

0 comments: