Kepada semua pembaca blog ini sila berikan komen yang membina untuk laman blog ini, komen anda adalah sangat dialu-alukan. Terima Kasih
Selasa, 20 Mei 2008
~ Sudut Tok Janggut
Kepada semua pembaca blog ini sila ajukan pertanyaan dan permasalahan tentang dunia pemancing. InsyaAllah Tok Janggut akan memberikan petua, saoalan kemuskilan dan panduan kepada anda.........
Soalan :
Sesiapa yang tau lokasi memancing yang best di area sel .... tlg bagi tau [ikan sepat n puyu]
Posted by JamalHensam at 6:20 PTG 1 comments
~ LAUT DALAM
Adalah menjadikan sesuatu kebanggaan bagi seseorang pemancing dapat melayari laut dalam. Kali ini penulis telah mengikut rombongan kaki pancing yang mengelarkan diri mereka "Membelah Lautan". Mereka adalah kakitangan kerajaan yang berkerja di PutraJaya. Kami telah bertolak dari Bandar Baru Bangi jam 9 malam dan dijangka sampai kelokasi memancing jam 5 pagi iaitu di Mersing dimana kami akan menaiki bot ke Pemanggil.
Tepat jam 8 pagi 23hb April 2008 kami telah menaiki bot yang disewa dengan harga RM800.00 menuju keperairan Pemanggil.
Posted by JamalHensam at 6:11 PTG 0 comments
~ TIPS MEMANCING
Udang galah adalah sepesis yang hidup di air tawar.
Terdapat banyak kawasan atau sungai-sungai di Malaysia yang kaya dengan kazanah udang galahnya seperti Selangor, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. Udang galah boleh dipancing dan juga boleh dijala serta ditangkap dengan mengunakan jaring. Tips kali ini adalah cara untuk menjala udang galah.
Bagi masayarakat Selangor khususnya dalam daerah Sabak Bernam mereka ada cara tersendiri untuk menjala udang galah mengunakan jala. Mengikut orang tua-tua yang ditemui meraka ada petua bagi mendapatkan udang galah dengan banyak dengan mengunakan jala.
Pak Harun yang ditemui oleh pemberita GILA MEMANCING menyatakan bahawa, mereka di kawasan Pasir Panjang dan sekitarnya, menggunakan beras yang telam direndam selama seminggu dan telah mengeluarkan bau yang masam dijadikan umpan menjala.
Mula-mula beras yang telah direndam akan ditabir dikawasan yang hendak dijala dan dibiarkan selama lebihkurang sepuluh minit. Kebiasanya penjala udang akan menaburkan sekitar 10 hingga 20 tempat untuk dijala dan diberikan tanda. Penulis Blog Gila Memancing yang telah mengikut Pak Harun menjala udang telah membuktikan bahawa cara ini amat berkesan sekali untuk menjala udang galah. Lima belas tempat yang telah ditabur umpan beras masam, Pak Harun telah mendapat hampir 4 kilogram udang galah yang pelbagai saiz.
Posted by JamalHensam at 5:35 PTG 0 comments
~ ALAT MEMANCING
Shimano Symetre Reel
SHMSY1000FH
270/2/ 110/6
6:1
9.3
$79.99
SHMSY2000FH
170/6, 100/10
6:1
9.7
$79.99
SHMSY4000FH
240/8, 160/12
6:1
12.7
$79.99
Posted by JamalHensam at 4:03 PTG 0 comments
~ TAK KENAL TAK CINTA
Posted by JamalHensam at 3:50 PTG 0 comments
~ SELERA IKAN
Bahan-bahan untuk di giling:
6 tangkai cili kering1 batang serai
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ikan bersama nam pla, garam dan masukkan kedalam kaserol bersama 1 1/2 cawan santan dan bahan-bahan yang telah di giling dan masak pada suhu sederhana selama 30 minit.(pastikan untuk menggaulnya setiap 10 minit)
Posted by JamalHensam at 2:55 PTG 0 comments
Sabtu, 3 Mei 2008
~ SAJAK
Pemancing
Sudah Lupakan Dia
Dulu Ikan Banyak Berpesta
Sekarang Ikan Kurang
Sembungikah
Ilangkah
Pemancing
Bagaimana menjaga Alam
Sampah Dibuang sesedap rasa dan arah
Hormatkah pada Warisan Alam ini
Tidak Malukah Pada Pencipta
Amanah diberi dikhianati
Pemancing sudah lupa
Alam Luas ditawan nya
Kail Emas Panjang sejengkal
Ilmu Sebesar Zarah menjadi Gah
Cakap berdegang-degang halilintar
Lupakah Kuasa Penciptanya
Pemancing Tidak Lupa
Ikan sebesar mana yang naik
Ikan sekecil mana yang naik
Trip paling menarik
Perjalanan yang membosankan
Pemancing Sudah Sedar
Inilah yang kita suka
Otak dan tangan sudah seiring
Kita bukan lagi merempat di tanah sendiri
Ada juga yang tak sedar-sedar
Kepala Dungu
Posted by JamalHensam at 10:04 PG 0 comments
~ Lokasi Memancing
Perjalanan satu jam dari Bandar Baru Bangi, ikut Dengkil dengan melalui jalan tar disebelahnya banyak terdapat ladang kelapa sawit. Sampai Pekan Dengkil kami berhenti untuk membeli bekalan makanan dan minyak enjin bot. Pukul 9 malam kami sampai ke lokasi yang dikatakan berhampiran dengan Kilang kelapa sawit.
Tepat kul 10.30 malam kami sudah bersedia untuk menuju lokasi pancingan yang pertama ke muara sungai Banting. Sampai saja ke port yang pertama saya terus melontarkan umpan anak udang paya kedalam sungai. Hasilnya tidak sampai 5 minit 3 ekor udang galah sesaiz 100 gram telah naik atas sampan. Setelah satu jam memacing disitu saya telah menaikkan hampir 15 ekor udang galah pelbagai saiz begitu juga dengan kawan-kawan.
Pukul 2 pagi kami pulang semula ke kereta untuk berehat dan tidur. Masing-masing dengan hasil yang memuaskan sekitar 3 kilo setiap seorang.Kami bersembang hingga jam 4 pagi dan masing-masing melayan mata. Jam 8 pagi kami berkemas untuk turun semula ke sungai Banting semula.
Lokasi kali ini ke hilir sungau Banting pula. sampai saja ke port yang baik saya pun menurunkan umpan kedalam sungai Banting. Alhamdulillah tidak sampai 10 minit saya telah mendapat hasil yang pertama. 2 jam kami di situ saya hampir dapat sekilo dan kul 12 tengahari kami balik.
Lokasi kali ini iaitu Sungai Banting memang mempunyai udang yang banyak dan baik untuk tempat memancing udang galah bersaiz gadang. Diharap pembaca dapat info dan mencuba lokasi ini.
Posted by JamalHensam at 9:35 PG 0 comments
~ HOBI ......... TUNA
Memancing mempunyai suatu kuasa besar pada pengemarnya dan di Malaysia terdapat pancingan laut. pantai, kolam, sungai, paya atau boleh dikenali pancingan laut dan pancingan darat.
Posted by JamalHensam at 9:29 PG 0 comments