CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 3 Mei 2008

~ Lokasi Memancing


Episod ini kami telah meyusuri sungai Banting untuk mencari sang galah ( udang Galah ). Maklumat yang kami terima dari kawan-kawan mengatakan banyak terdapat udang galah bersaiz besar antara 300 gram hingga 500gram.
Perjalanan satu jam dari Bandar Baru Bangi, ikut Dengkil dengan melalui jalan tar disebelahnya banyak terdapat ladang kelapa sawit. Sampai Pekan Dengkil kami berhenti untuk membeli bekalan makanan dan minyak enjin bot. Pukul 9 malam kami sampai ke lokasi yang dikatakan berhampiran dengan Kilang kelapa sawit.
Tepat kul 10.30 malam kami sudah bersedia untuk menuju lokasi pancingan yang pertama ke muara sungai Banting. Sampai saja ke port yang pertama saya terus melontarkan umpan anak udang paya kedalam sungai. Hasilnya tidak sampai 5 minit 3 ekor udang galah sesaiz 100 gram telah naik atas sampan. Setelah satu jam memacing disitu saya telah menaikkan hampir 15 ekor udang galah pelbagai saiz begitu juga dengan kawan-kawan.
Pukul 2 pagi kami pulang semula ke kereta untuk berehat dan tidur. Masing-masing dengan hasil yang memuaskan sekitar 3 kilo setiap seorang.Kami bersembang hingga jam 4 pagi dan masing-masing melayan mata. Jam 8 pagi kami berkemas untuk turun semula ke sungai Banting semula.
Lokasi kali ini ke hilir sungau Banting pula. sampai saja ke port yang baik saya pun menurunkan umpan kedalam sungai Banting. Alhamdulillah tidak sampai 10 minit saya telah mendapat hasil yang pertama. 2 jam kami di situ saya hampir dapat sekilo dan kul 12 tengahari kami balik.
Lokasi kali ini iaitu Sungai Banting memang mempunyai udang yang banyak dan baik untuk tempat memancing udang galah bersaiz gadang. Diharap pembaca dapat info dan mencuba lokasi ini.

0 comments: